Thursday 16 May 2013

INGATKAN DAH TENANG SELEPAS PRU 13 tapi DUIT RAKYAT LAGI YANG HABIS

Ingatkan bila PRU 13 dah lepas keadaan akan tenang. Semua orang yang dipilih akan melaksanakan janji mereka tetapi harapan tinggal harapan. Riuh tak sudah-sudah. Akhirnya duit rakyat juga yang nak dihabiskan. nak PRU baru, bukan ke itu duit rakyat juga yang habis?. Separuh kemenangan boleh terima...separuh lagi tak terima?. SPR ini ada separuh betul separuh tak betul ke? Tunggulah lima tahun lagi. Buat kerja apa yang dah menang?. Buktikanlah kebaikan dan kehebatan sebagai pentadbir. Sehingga kini rasanya taklah hebat sangat. SUDAH-SUDAHLAH... BUAT DULU APA YANG dah MENANG, SIAPA YANG TERLEPAS CAKAP TU TUNAIKAN. Sebenarnya malas nak campur politik ni tapi keadaan sekarang dah macam orang tak bertamadun, orang Islam dah makin tak waras. Takkanlah apa yang difikir tu semua betul. Orang lain tak betul. Hebat manusia bila dia lupa dia hanya manusia. Bukan ke ini demokrasi, janganlah nak paksa orang pulak, nantikan jadi autoritarian pulak. Masing-masing dah ada pilihan. BERHENTILAH....Tunggu LIMA TAHUN LAGI. ATAU TIDAK YAKIN DENGAN PERJUANGAN SENDIRI.

No comments: