Tuesday 22 April 2014

Tahun 2014 adalah tahun perkhidmatan awam yang teruk di Kajang

SPAD

Tak payah harap....
Mereka tiada usaha untuk menambah baik perkhidmatan awam kat Malaysia
Asyik nak harapkan aduan dan kesanggupan penumpang untuk menjadi saksi
sedih sungguh


Tiada usaha untuk menkaji dan menyediakan undang-undang yang mampu menangani kerenah pengusaha bas henti-henti...
nasiblah....
penumpang...

Monday 11 November 2013

Muharam Datang Lagi

Selamat menyambut Muharam 1435 untuk Umat Islam. Ya ALLAH...jadikan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya .



Amin



Thursday 16 May 2013

HATI-HATI YANG TIDAK PERNAH LURUS

Hati yang tidak pernah lurus

Bila hati tidak pernah lurus
Tindakan pasti akan selalu bengkok
Bila orang kata A
Aku akan kata B
Bila orang kata B
Aku akan kata A
Aku tidak pernah tandus sebarang alasan

Hati yang tidak pernah lurus
Setiap kata ada alasan
Setiap apa yang dilakukan orang lain
Tidak akan pernah benar
Aku yang benar
Benar dan tidak akan pernah tidak pernah benar
Walaupun benar ku
langkahnya seperti jalan ke neraka

Hati yang tidak pernah lurus
Umpama dajal yang tidak pernah salah
Apa aku kisah nasib agama ku
Apa aku kisah nasib orang seugama ku
Kerana hati tidak pernah lurus
Kuasalah pilihan ku
Bukan cinta pada ugama atau
umat seugama

Orang jahat akan kata
Kenapa lebihkan rakan bukan seagamamu
Kenapa lebih mempercayai mereka
Kenapa tidak semarakkan sayangmu lebih
kepada mereka yang mengucapkan syahadat yang sama denganmu
Begitu jahat ke kami
sedangkan kepercayaan kami adalah sama
Siapa kamu untuk tentukan agama kami
Siapa kamu nak tentukan iman kami
Kamu lupa kamu bukan Allah
Kamu lupakah manusia tidak pernah benar
tentang manusia lain
Jahat ke kami di mata mu melebihi jahatnya kami
didepan Tuhan kita yang Esa.

Hati-hati manusia yang tidak pernah lurus
Setiap kali mereka yakin mereka betul
Setiap kali mereka akan lupa yang mereka hanya manusia
Manusia yang pasti tidak akan pernah betul

Hati-hati yang tidak pernah lurus
Aku adalah orang baik
Aku kata orang lain jahat
Aku umpat mereka
Aku kutuk mereka
Aku dedahkan kejahat mereka
Aku adalah orang baik?
Mana baikku?

Hati yang tidak akan lurus
Aku sanggup menghina, memburukkan dan menghancurkan
mereka yang sama agama dengan ku
Untuk apa aku kasihani mereka
Mereka begitu jahat
mereka lupakan ajaran agama
Pentadbiran mereka jauh dari ajaran agama
Mereka jahat
Jahat dan sejahatnya
Opss....................
Aku lupa rakan yang ku sayang langsung tidak mempercayai Tuhanku
Tapi aku akan tetap meletakkan kepercayaan agamaku
Di tangan mereka
Aku akan tetap letakkan maruah dan kedudukan agamaku ditangan mereka
Kerana aku,
Hati-hati yang tidak pernah lurus


(7 Rejab 1434H /17 Mei 2013)

INGATKAN DAH TENANG SELEPAS PRU 13 tapi DUIT RAKYAT LAGI YANG HABIS

Ingatkan bila PRU 13 dah lepas keadaan akan tenang. Semua orang yang dipilih akan melaksanakan janji mereka tetapi harapan tinggal harapan. Riuh tak sudah-sudah. Akhirnya duit rakyat juga yang nak dihabiskan. nak PRU baru, bukan ke itu duit rakyat juga yang habis?. Separuh kemenangan boleh terima...separuh lagi tak terima?. SPR ini ada separuh betul separuh tak betul ke? Tunggulah lima tahun lagi. Buat kerja apa yang dah menang?. Buktikanlah kebaikan dan kehebatan sebagai pentadbir. Sehingga kini rasanya taklah hebat sangat. SUDAH-SUDAHLAH... BUAT DULU APA YANG dah MENANG, SIAPA YANG TERLEPAS CAKAP TU TUNAIKAN. Sebenarnya malas nak campur politik ni tapi keadaan sekarang dah macam orang tak bertamadun, orang Islam dah makin tak waras. Takkanlah apa yang difikir tu semua betul. Orang lain tak betul. Hebat manusia bila dia lupa dia hanya manusia. Bukan ke ini demokrasi, janganlah nak paksa orang pulak, nantikan jadi autoritarian pulak. Masing-masing dah ada pilihan. BERHENTILAH....Tunggu LIMA TAHUN LAGI. ATAU TIDAK YAKIN DENGAN PERJUANGAN SENDIRI.

Wednesday 30 January 2013

Monday 21 January 2013

Tahun Baru 2013

Tahun Baru dah tiba lagi....................

Yeiiiiii


Mungkin lambat tetapi tidak akan pernah terlewat selagi kita masih hidup

Best

Semoga semuanya berada di bawah rahmat ALLAH
Amin.


Thursday 9 August 2012

Kehidupan ini Indah

Kehidupan sesuatu yang singkat
untuk makhluk yang bernama manusia.
Hargai apa yang kita ada hari ini
kerana manusia tidak akan tahu
jika ia masih ada esok.
Perkara yang sedih hari ini
mungkin adalah yang terbaik esok.
Terbaik hari ini 
mungkin lebih terbaik hari esok
Mengembirakan hari ini
mungkin lebih mengembirakan hari esok

Laluilah kehidupan ini 
dengan hasrat ingin mencari yang terbaik.
Langkahi rintangan hidup dengan ingatan Ilahi dihati
yakin esok pasti ada yang terbaik.

Dalam kesukaran
pasti ada jalan keluar.
Yang pasti usaha, keyakinan dan doa 
kehadap Ilahi diserahkan segalanya

Syukur Ilahi,
Kehidupan ini indah



Minda Alam

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya