SPAD
Tak payah harap....
Mereka tiada usaha untuk menambah baik perkhidmatan awam kat Malaysia
Asyik nak harapkan aduan dan kesanggupan penumpang untuk menjadi saksi
sedih sungguh
Tiada usaha untuk menkaji dan menyediakan undang-undang yang mampu menangani kerenah pengusaha bas henti-henti...
nasiblah....
penumpang...
Tuesday, 22 April 2014
Monday, 11 November 2013
Muharam Datang Lagi
Selamat menyambut Muharam 1435 untuk Umat Islam. Ya ALLAH...jadikan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya .
Amin
Thursday, 16 May 2013
HATI-HATI YANG TIDAK PERNAH LURUS
Hati yang tidak pernah lurus
Bila hati tidak pernah lurus
Tindakan pasti akan selalu bengkok
Bila orang kata A
Aku akan kata B
Bila orang kata B
Aku akan kata A
Aku tidak pernah tandus sebarang alasan
Hati yang tidak pernah lurus
Setiap kata ada alasan
Setiap apa yang dilakukan orang lain
Tidak akan pernah benar
Aku yang benar
Benar dan tidak akan pernah tidak pernah benar
Walaupun benar ku
langkahnya seperti jalan ke neraka
Hati yang tidak pernah lurus
Umpama dajal yang tidak pernah salah
Apa aku kisah nasib agama ku
Apa aku kisah nasib orang seugama ku
Kerana hati tidak pernah lurus
Kuasalah pilihan ku
Bukan cinta pada ugama atau
umat seugama
Orang jahat akan kata
Kenapa lebihkan rakan bukan seagamamu
Kenapa lebih mempercayai mereka
Kenapa tidak semarakkan sayangmu lebih
kepada mereka yang mengucapkan syahadat yang sama denganmu
Begitu jahat ke kami
sedangkan kepercayaan kami adalah sama
Siapa kamu untuk tentukan agama kami
Siapa kamu nak tentukan iman kami
Kamu lupa kamu bukan Allah
Kamu lupakah manusia tidak pernah benar
tentang manusia lain
Jahat ke kami di mata mu melebihi jahatnya kami
didepan Tuhan kita yang Esa.
Hati-hati manusia yang tidak pernah lurus
Setiap kali mereka yakin mereka betul
Setiap kali mereka akan lupa yang mereka hanya manusia
Manusia yang pasti tidak akan pernah betul
Hati-hati yang tidak pernah lurus
Aku adalah orang baik
Aku kata orang lain jahat
Aku umpat mereka
Aku kutuk mereka
Aku dedahkan kejahat mereka
Aku adalah orang baik?
Mana baikku?
Hati yang tidak akan lurus
Aku sanggup menghina, memburukkan dan menghancurkan
mereka yang sama agama dengan ku
Untuk apa aku kasihani mereka
Mereka begitu jahat
mereka lupakan ajaran agama
Pentadbiran mereka jauh dari ajaran agama
Mereka jahat
Jahat dan sejahatnya
Opss....................
Aku lupa rakan yang ku sayang langsung tidak mempercayai Tuhanku
Tapi aku akan tetap meletakkan kepercayaan agamaku
Di tangan mereka
Aku akan tetap letakkan maruah dan kedudukan agamaku ditangan mereka
Kerana aku,
Hati-hati yang tidak pernah lurus
(7 Rejab 1434H /17 Mei 2013)
Bila hati tidak pernah lurus
Tindakan pasti akan selalu bengkok
Bila orang kata A
Aku akan kata B
Bila orang kata B
Aku akan kata A
Aku tidak pernah tandus sebarang alasan
Hati yang tidak pernah lurus
Setiap kata ada alasan
Setiap apa yang dilakukan orang lain
Tidak akan pernah benar
Aku yang benar
Benar dan tidak akan pernah tidak pernah benar
Walaupun benar ku
langkahnya seperti jalan ke neraka
Hati yang tidak pernah lurus
Umpama dajal yang tidak pernah salah
Apa aku kisah nasib agama ku
Apa aku kisah nasib orang seugama ku
Kerana hati tidak pernah lurus
Kuasalah pilihan ku
Bukan cinta pada ugama atau
umat seugama
Orang jahat akan kata
Kenapa lebihkan rakan bukan seagamamu
Kenapa lebih mempercayai mereka
Kenapa tidak semarakkan sayangmu lebih
kepada mereka yang mengucapkan syahadat yang sama denganmu
Begitu jahat ke kami
sedangkan kepercayaan kami adalah sama
Siapa kamu untuk tentukan agama kami
Siapa kamu nak tentukan iman kami
Kamu lupa kamu bukan Allah
Kamu lupakah manusia tidak pernah benar
tentang manusia lain
Jahat ke kami di mata mu melebihi jahatnya kami
didepan Tuhan kita yang Esa.
Hati-hati manusia yang tidak pernah lurus
Setiap kali mereka yakin mereka betul
Setiap kali mereka akan lupa yang mereka hanya manusia
Manusia yang pasti tidak akan pernah betul
Hati-hati yang tidak pernah lurus
Aku adalah orang baik
Aku kata orang lain jahat
Aku umpat mereka
Aku kutuk mereka
Aku dedahkan kejahat mereka
Aku adalah orang baik?
Mana baikku?
Hati yang tidak akan lurus
Aku sanggup menghina, memburukkan dan menghancurkan
mereka yang sama agama dengan ku
Untuk apa aku kasihani mereka
Mereka begitu jahat
mereka lupakan ajaran agama
Pentadbiran mereka jauh dari ajaran agama
Mereka jahat
Jahat dan sejahatnya
Opss....................
Aku lupa rakan yang ku sayang langsung tidak mempercayai Tuhanku
Tapi aku akan tetap meletakkan kepercayaan agamaku
Di tangan mereka
Aku akan tetap letakkan maruah dan kedudukan agamaku ditangan mereka
Kerana aku,
Hati-hati yang tidak pernah lurus
(7 Rejab 1434H /17 Mei 2013)
INGATKAN DAH TENANG SELEPAS PRU 13 tapi DUIT RAKYAT LAGI YANG HABIS
Ingatkan bila PRU 13 dah lepas keadaan akan tenang. Semua orang yang dipilih akan melaksanakan janji mereka tetapi harapan tinggal harapan. Riuh tak sudah-sudah. Akhirnya duit rakyat juga yang nak dihabiskan. nak PRU baru, bukan ke itu duit rakyat juga yang habis?. Separuh kemenangan boleh terima...separuh lagi tak terima?. SPR ini ada separuh betul separuh tak betul ke? Tunggulah lima tahun lagi. Buat kerja apa yang dah menang?. Buktikanlah kebaikan dan kehebatan sebagai pentadbir. Sehingga kini rasanya taklah hebat sangat. SUDAH-SUDAHLAH... BUAT DULU APA YANG dah MENANG, SIAPA YANG TERLEPAS CAKAP TU TUNAIKAN. Sebenarnya malas nak campur politik ni tapi keadaan sekarang dah macam orang tak bertamadun, orang Islam dah makin tak waras. Takkanlah apa yang difikir tu semua betul. Orang lain tak betul. Hebat manusia bila dia lupa dia hanya manusia. Bukan ke ini demokrasi, janganlah nak paksa orang pulak, nantikan jadi autoritarian pulak. Masing-masing dah ada pilihan. BERHENTILAH....Tunggu LIMA TAHUN LAGI. ATAU TIDAK YAKIN DENGAN PERJUANGAN SENDIRI.
Wednesday, 30 January 2013
Monday, 21 January 2013
Tahun Baru 2013
Tahun Baru dah tiba lagi....................
Yeiiiiii
Mungkin lambat tetapi tidak akan pernah terlewat selagi kita masih hidup
Best
Semoga semuanya berada di bawah rahmat ALLAH
Amin.
Thursday, 9 August 2012
Kehidupan ini Indah
Kehidupan sesuatu yang singkat
untuk makhluk yang bernama manusia.
Hargai apa yang kita ada hari ini
kerana manusia tidak akan tahu
jika ia masih ada esok.
Perkara yang sedih hari ini
mungkin adalah yang terbaik esok.
Terbaik hari ini
mungkin lebih terbaik hari esok
Mengembirakan hari ini
mungkin lebih mengembirakan hari esok
Laluilah kehidupan ini
dengan hasrat ingin mencari yang terbaik.
Langkahi rintangan hidup dengan ingatan Ilahi dihati
yakin esok pasti ada yang terbaik.
Dalam kesukaran
pasti ada jalan keluar.
Yang pasti usaha, keyakinan dan doa
kehadap Ilahi diserahkan segalanya
Syukur Ilahi,
Kehidupan ini indah
Minda Alam
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya
Wednesday, 4 April 2012
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
dijangka diadakan pada
27 April hingga 6 Mei 2012 di PWTC.
Jom ramai-ramai kita pergi
Sahih tak Sahih, berita ni?,
Banyak dah Syarikat buku dah promosi booth masing-masing
BESTnya....
Tuesday, 6 December 2011
Tunggu.................
Tiap-tiap Hari Berkerja,
Perkhidmatan Awan Digunakan
Apa Nak Buat
Itu Saja Yang Mampu Digunakan
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!
Ohhhhhhhhhhhhhhhhh
Perkhidmatan Awan
Mana Salah Ni....?????????????????????????????
Siapa Yang Tak Cekap Ni....???????????????????
Sudah-Sudahlah...!!!!!!!!!!!!!!!
Faham-Fahamlah Sendiri....!!!!!!!!!!!!!!!!!
Jika Tak Mampu....
Berhenti....
Bagi Orang Lain Uruskan....
Jangan Ambik Gaji, Tapi Perkhidmatan Teruk.....
Renung Diri.....
Lihat Kanan, Kiri, Depan , Belakang......
Perkhidmatan Awam...Perkhidmatan Awam....
Perkara Biasa
Tunggu...Tunggu....Tunggu....Tungguuuuuuuuuuuuuu Lama -Lama
Berapa lama nak Tunggu Ni.....????????????????
Berhentilah Kalau Tak Ikhlas.....
Tunggu Lagi.............
Khidmat Tak Pernah Maju Berkarat Yang Paling Teruk.....
Tiap-tiap Hari .............
Tunggu....
Sardin...........
Tak Habis-Habis Masalah Tunggu.........Sardin.............
Kalau Betul Sardin Tu Kenyang Jugalah.....
TUNGGU........
Perkhidmatan Awan Digunakan
Apa Nak Buat
Itu Saja Yang Mampu Digunakan
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!
Ohhhhhhhhhhhhhhhhh
Perkhidmatan Awan
Mana Salah Ni....?????????????????????????????
Siapa Yang Tak Cekap Ni....???????????????????
Sudah-Sudahlah...!!!!!!!!!!!!!!!
Faham-Fahamlah Sendiri....!!!!!!!!!!!!!!!!!
Jika Tak Mampu....
Berhenti....
Bagi Orang Lain Uruskan....
Jangan Ambik Gaji, Tapi Perkhidmatan Teruk.....
Renung Diri.....
Lihat Kanan, Kiri, Depan , Belakang......
Perkhidmatan Awam...Perkhidmatan Awam....
Perkara Biasa
Tunggu...Tunggu....Tunggu....Tungguuuuuuuuuuuuuu Lama -Lama
Berapa lama nak Tunggu Ni.....????????????????
Berhentilah Kalau Tak Ikhlas.....
Tunggu Lagi.............
Khidmat Tak Pernah Maju Berkarat Yang Paling Teruk.....
Tiap-tiap Hari .............
Tunggu....
Sardin...........
Tak Habis-Habis Masalah Tunggu.........Sardin.............
Kalau Betul Sardin Tu Kenyang Jugalah.....
TUNGGU........
Wednesday, 26 October 2011
Pemikiran
Pemikiran adalah sesuatu yang sukar untuk di nilai
Pemikiran berbeza dari seorang individu dengan individu lain
Kepentingan akan mempengaruhi bentuk pemikiran seseorang
Pengalaman, hubungan sosial, pergaulan, budaya, politik, masyarakat dan keluarga akan menentukan corak pemikiran seseorang individu itu
Betul atau tidak sesuatu pemikiran itu pada seseorang mungkin tidak betul pada seorang yang lain
Begitu juga sebaliknya
Tiada siapa akan akan lebih betul dari orang lain
Kerana Manusia Itu Pasti Tidak Sempurna
Kerana Manusia Itu Pasti Tidak Sempurna
Sunday, 16 October 2011
Bukan Ayat Al-Quran???????
SEBARKAN !! INI BUKAN AYAT QURAN..INI AYAT BIBLE !!!
PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran
Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.
Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.
Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.
Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.
Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.
Sumber: Blog -http://azmykelanajaya.blogspot.com/2011/10/sebarkan-ini-bukan-ayat-quranini-ayat.html
Tuesday, 11 October 2011
Cara Pemakaian Tudung
Tudung dan perempuan tidak boleh dipisahkan
Pelbagai cara dan jenis tudung digunakan oleh umat Islam untuk menunaikan perintah Allah
Namun bagai mana dengan cara pemakaian ini??????
Gambar ini diambil dari Facebook....sentuh dada tanya Iman....
Gambar ini diambil dari Facebook....sentuh dada tanya Iman....
Friday, 7 October 2011
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
Pohon semua umat islam baca yer, saya dapat maklumat ini dari kawan - kawan, dan tolong tag rakan2 lain, saya x sempat nak tag:
oleh Hawa Lawa pada pada 16hb Ogos 2011 pukul 1.38 ptg
BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL) klik red more
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
3.. Daging Burger Import
4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina
14.. Beehon Segera Siam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim dalam bekas plastik
14. Gula-gula Fruities
15 Cake Mets Vilber Punch
16 Coklat Cake
17 Tepung Kastard Lady's Choice
18 Semua jenis Jelly
19 Semua jenis gincu bibir
20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
21 Lady's Choice Jelly
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.
Oleh: Asee Sudin
Diambil dari blog: http://btmmari.blogspot.com/2011/10/senarai-barang-yang-mengandungi-lemak.html
Thursday, 6 October 2011
IBU
Ibu
Satu kalimah keramat untuk wanita
Namun di mana keramatnya perkataan ini bila.......
Ibu?????...........
Wednesday, 5 October 2011
Manusia Yang Bukan Lagi 'Manusia'
Manusia.....hebat!!!
Dicipta sebagai Khalifah di bumi ini....
Adakah ini manusia dalam erti kata 'manusia'....jika begini......
Hidup tidak tahu batasan....
Melihat kebebasan adalah segalanya.....
Berpelukan , berkucupan dalam komuter ikut suka hati....
Apa nak peduli...ini hak aku...
'Human right'lah katakan....ha..ha..ha
Hemmmm....kebebasan? Hak asasi?.....
Hemmmmm......
Apa nak dibanggakan..
.jika kebebasan tidak menjadikan manusia itu 'manusia'.
(peristiwa tak senonoh dalam komuter sekitar pukul 7.30 malam lebih -
perkara tak senonoh yang sering berulang menjadi tatapan pengguna komuter)
Manusia....manusia terlalu 'cerdik' hingga tiada nilai sebagai manusia yang berakal.
Manusia macam ni....apa nak dibanggakan?....tak tahulah....
(Jangan samakan dengan binatang tau...sebab binatang tidak ada akal untuk berfikir dan menilai perbuatan yang dilakukan. Dan.... tak akan kena hisab pun atas perbuatan yang dilakukan..)
renung...renunglah... "Manusia"
Manusia yang bukan 'Manusia' ......??????????????
Thursday, 22 September 2011
Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia
2011
Tension adalah kata-kata terbaik
Aduan yang dibuat hanya pelengkap kerja ....
Masalah tetap tidak akan selesai
Akhirnya bosan sendiri......
Perkhidmatan tak pernah okey.....
tapi kena tambah destinasi
kenapa? Untung ??????????
Tunggulah kau orang....siapa suruh guna aku....
Masa..... ikut suka akulah nak jalan....
Meter...boleh jalanlah...
Nanti balik tak ada orang... Rugi......
Mana ada untung...
Aku pakai gas....tak ada untungnya...
Malam...dua kali gandalah....
Nak balik awal bayarlah....
Kalau tak ada orang....
Jangan suruh aku lalu...
Tunggulah...
Sebab bukan aku yang kena tunggu....ha....ha...ha
Ini perkhidmatan peribadi....bukan perkhidmatan awam
Masa..... ikut suka akulah nak jalan....
Siapa suruh bagi aku lesen...
Aku nak untung aje ....
Buatlah aduan...
Kami tengok....Tindakan????...kena tunggu aduan banyak dulu.....
Nak cari sendiri...banyak sangatlah...Malaysia ni besar
Tugas , kuasa ????? Entahlah.....
Tengok sekeliling pun dah tahu....
Hujung bulan dapat gaji apa....
Tension Tak...?????
Monday, 19 September 2011
Kata-kata
Kata-kata yang diucapkan mampu mengambarkan apa yang tersirat di dalam fikiran dan hati seseorang insan. Nada dan gaya percakapan yang digunakan akan menentukan reaksi mereka yang mendengarnya.
Marah
Geram
Ajak Bergaduh
Berfikir
Malu
Gembira
Kebingungan
Mempermainkan
Menarik Pengikut
Merayu
Sayang
Terkejut
dan sebagainya.....
Reaksi- reaksi ini adalah antara kesan dari kata-kata yang diucapkan. Oleh itu, berfikir sebelum meluahkan apa yang berada didalam fikiran atau hati kita. Jadikan ia satu amalan.
Pepatah Melayu ada menyatakan 'Sebab Mulut Badan Binasa'.
Begitulah besarnya kesan dari kata-kata yang 'terlepas'.
Pepatah Melayu ada menyatakan 'Sebab Mulut Badan Binasa'.
Begitulah besarnya kesan dari kata-kata yang 'terlepas'.
Thursday, 15 September 2011
Hati
Hati Merupakan Gambaran Sebenar Tindakan dan Tingkahlaku Seorang Insan.Hati Yang Baik Akan Menghasilkan Tindakan Yang Baik Begitulah Sebaliknya.
Jaga dan Didiklah Hati Agar Ia Tidak Tercemar. Insyaallah Kebahagian Dunia dan Akhirat Bersama Kita.
Amin...
Wednesday, 14 September 2011
Kemarahan
Kemarahan seperti satu kebakaran. Semasa kecil ia tidak mendatangkan masalah . Tetapi apabila ia tidak terkawal segalanya tidak mampu diselamatkan lagi. Hanya masa yang akan membetulkan segalanya.
Namun kemudaratan dari kemarahan hati lebih besar dari kemusnahan dari kebakaran.
Jaga Hati, Selamat Kehidupan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia
Bersama kita hargai apa yang kita ada kini...kerana masa depan pasti 'adalah sesuatu yang tidak pasti'.
Subscribe to:
Posts (Atom)































